Monday, March 29, 2010

Kau Tetap Dalam Ingatan




Sekilas ku teringat

Detik-detik yang lepas

Indahnya perkasihan

Semacam kurasakan

Tak sanggup rasanya

Sesaat ditinggalkan



Dan seboleh-bolehnya

Kuingin mengikutmu

Walau ke lurah dalam

Aku sanggup tenggelam

Demi kerana sayang

Apa jua kurela

Jiwa dan raga



Engkau saja yang sentiasa

Bermain di fikiran

Tiap masa dan ketika

Tak terlintas di hati ini

Untuk curang kepadamu

Oh kekasih



Aku harap pendirian engkau juga

Sama-sama pertahanankan kesetiaan

Walau diacu belati tajam mengugutku

Cinta aku kasih

Aku tetap untukmu

Sampai ke mati

Hanya itu mampu kuberi



Tersentak lamunan

Bila diri ini disentuh

Oleh seseorang

Ku cuba damaikan

Hati yang kian berkocak

Agar perasaan sedih aku ini

Tidak nampak



Di pusara ini

Ku sedia berdiri

Bersama doa-doa

Tak putus kuhulurkan

Itulah tanda kasih... kasih

Kasih yang sebenar

Wajah dan senyumanmu

Sentiasa kuangankan

Aduhai Sayang oh..

No comments:

Post a Comment